Pages

Trend "Mok Bang" Popular Di Korea Selatan Selepas Gwiyomi


Mok-bang atau lebih dikenali sebagai 'Dinner Porn' kini menjadi kegilaan golongan muda di Korea Selatan ia menunjukkan seseorang individu yang makan hidangan yang banyak untuk tempoh masa yang agak lama. Mok-bang adalah gabungan daripada perkataan "Mok" - makan  dan "Bang"rakaman siaran langsung .


Orang yang paling popular dalam trend Mok-Bang ni dikenali sebagai The Diva. Siang dia bekerja di Consulting agency malam dia makan banyak . Dia boleh makan 30 biji telur dan juga satu kotak besar kaki ketam dalam satu hidangan. Dah la makanan korea ni penuh dengan side dish memang penuh meja tiap kali dia makan .


Biasanya, dia makan selama kira kira 2 jam setiap malam namun setelah trend mok-bang ini popular dia ends up makan selama 4 jam setiap malam untuk siaran kepada beribu-ribu penonton .

The Diva juga sanggup berbelanja sebanyak £2,000 (RM 10,741)  sebulan untuk membeli pelbagai makanan untuk tujuan Mok-bang . Korang jangan ingat The Diva ni saja saja nak bazir duit semata mata buat mok-bang sebenarnya dia mendapat bayaran yang lumayan melalui video mok-bang , no wonder lah dia sanggup berbelanja besar untuk makan malam .